Tempat Makan Menarik di Melaka yang Harus Anda Cuba
Kita semua tahu Melaka mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Dah penat berjalan ke tempat menarik, mestilah hendak makan kan? Dalam entri kali ini, kami kongsikan tempat makan menarik di Melaka yang harus anda cuba. Umum tahu, makanan yang popular di Melaka ialah asam pedas. Terdapat banyak kedai di Melaka yang menyediakan masakan asam pedas ini. Bagi anda penggemar asam pedas, Melaka merupakan tempat paling sesuai dengan anda. Senarai tempat makan menarik yang kami senaraikan di bawah adalah hasil perkongsian di internet yang dapat kami kumpulkan. Jom kita lihat!
Tempat Makan Menarik di Melaka
Berikut merupakan tujuh tempat menarik di Melaka yang harus anda lawati:
Klebang Original Coconut Shake
Bagi anda yang berkunjung ke Melaka dan mahu menyejukkan tekak anda,, bolehlah berkunjung ke Klebang Original Coconut Shake ini. Coconut shake disini amat popular dan anda dapat lihat bersusun kereta beratur untuk mendapatkan coconut shake disini. Harga untuk Coconut Shake Special adalah RM2.20, manakala RM1.80 dikenakan untuk Coconut Shake biasa. Dari segi rasa, memang above average sebab mereka guna ais krim Walls dan bukannya ais krim budget, dan air kelapanya memang fresh.
Klebang Original Coconut Shake |
Di sini anda boleh memilih sama ada untuk dine-in ataupun take-away. Kalau anda nak makan di sini, anda boleh terus masuk ke dalam pintu gerbang seperti gambar di atas. Tapi kalau penuh, terpaksa juga parking di luar. Nak makan? Jangan risau, kerana terdapat juga menu-menu sampingan seperti nasi lemak, mee goreng, keropok dan macam-macam lagi makanan ringan-ringan untuk minum petang.
Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis: 12:30 tengahari ke 6:30 petang
Jumaat: 2:00 petang ke 6:30 petang
Lokasi: Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya (berhampiran Caltex)
Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil
Kuih Keria |
Pernah viral pada satu ketika dahulu. Kedai ini boleh membuatkan anda bergaduh untuk makan kuih keria. Kesedapan kuih keria disini memang tiada tandingan dan ini menjadikan ia tempat makan menarik di Melaka yang harus anda lawati. Kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan kuih ini menambahkan lagi kesedapanya.
Kuih keria Haji Jalil |
Lokasi : Jalan Limbongan, Kampung Limbongan
Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
Asam Pedas Claypot Kota Laksamana |
Kota Laksamana memang terkenal dengan hidangan asam pedas Terdapat banyak kedai asam pedas disini. Kedai yang telah bertapak lebih 15 tahun di Kota Laksamana ini agak besar dan menghidangkan pelbagai asam pedas yang boleh anda nikmati seperti ikan pari, kembung, tenggiri, telur ikan, daging tetel dan banyak lagi lah. Setiapnya dijual secara set bersama dengan sambal belacan dan telut masin. Ianya dimasak panas-panas dan dihidangkan didalam claypot.
Asam Pedas Claypot dihidangkan bersama nasi putih sambal belacan dan telur masin. |
Roti Canai Kayu Arang
Roti Canai yang dimasak menggunakan dapur arang |
Kedai roti canai kayu arang ini terletak 10-15 minit dari bandaraya Melaka. Roti canai di sisni memang mempunyai kelaianannya sendiri kerana menggunakan dapur arang untuk membakar roti. Pilihan roti canai seperti roti tampal, roti bom, roti telur boleh didapati disini. Namun bagi anda yang ingin makan makanan selain roti canai juga tiada masalah kerana disini dihidangan aneka hidanganan lain seperti lontong, nasi lemak kukus ayam goreng rempah dan juga kuih muih. Bagi anda yang bercuti ke Melaka harus cuba hidangan ini.
Menu Lain yang boleh anda dapatkan di Kedai Roti Canai Kayu Arang |
Lokasi : Kg Bakar Batu Mukim, Bachang
Medan Ikan Bakar Melaka
Selain asam pedas, Melaka juga terkenal dengan menu ikan bakar yang menarik untuk makan malam. Antara empat medan ikan bakar yang top anda boleh kunjungi ialah:
- Ikan Bakar Sungai Duyong
- Ikan Bakar Parameswara di Umbai
- Medan Ikan Bakar Serkam
- Medan Ikan Bakar Alai di Crystal Bay
Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai |
Mee Besen
Salah satu tempat makan menarik di Melaka yang harus anda lawati. Yang istimewa tentang kedai ini, ialah mee dihidangkan didalam besen. Ianya datang dalam pelbagai saiz:
Saiz S: 1 – 2 orang makan | RM6.00
Saiz M: 2 – 3 orang makan | RM10.00
Saiz L: 3 – 4 orang makan | RM15.00
Selain itu, anda juga boleh memilih jenis mee, sama ada mee soya, kuey tiow, mee hon ataupun mee kuning. Jadi, ia terpulang kepada masing-masing punya selera. Tambahan lagi, ada juga boleh mencuba talam western. Hanya dengan harga RM35.00, anda boleh dapat chicken chop, spaghetti, meatball & fries. Makan yang ini memang kenyang!
Menu yang boleh didapati di restoran ini |
Waktu Operasi: 3:30 petang ke 10:00 malam (Hari Isnin tutup)
Barkat Roti John
Barkat Roti John |
Roti John kebiasaanya boleh didapati dibazar Ramadhan atau pasar malam. Namun di Melaka, anda boleh jumpanya hari-hari. Roti John Barkat memang tersohor di Melaka dan anda harus mencubanya. Anda harus memasukan dalam checklist tempat makan menarik di Melaka yang harus dilawati.
Harga roti John adalah RM3.00. Selain itu, terdapat juga menu-menu lain seperti ayam golek (RM16.00 seekor atau RM8.00 separuh ekor), asam pedas & makanan goreng-goreng.
Waktu Operasi: 4:30 petang ke 12:00 tengah malam
Lokasi: Taman Bachang Utama
Berikut merupakan tujuh tempat makan menarik di Melaka yang dapat kami senaraikan. Sekiranya anda mempunyai cadangan lain, bolehlah utarakan cadangan tersebut di ruangan komen supaya ia dapat memberi manfaat kepada pengujung yang bercuti di Melaka.
Comments
Post a Comment