Tempat Mandi-Manda yang best di Melaka
Bagi anda yang berkunjung ke Melaka bersama ahli keluarga, pasti ingin mencari tempat rekreasi luar seperti taman tema air, air terjun ataupun kolam panas. Di Melaka terdapat banyak tempat mandi-manda yang best dan sesuai untuk dikunjungi oleh pengunjung yang datang bersama keluarga. Pada entri kali ini, kami akan kongsikan tempat mandi-manda yang best di Melaka kepada anda. Jom kita lihat senarainya di bawah.
Bayaran Masuk ke Taman Tema Air
Lokasi : A Famosa Theme Park
Berikut merupakan destinasi-destinasi terbaik buat anda yang ingin mandi-manda ketika berkunjung ke Melaka. Kami harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Kami ucapkan selamat bercuti ke Melaka dan selamat menjelajah ke tempat-tempat menarik di Melaka.
Tempat Mandi-Manda yang Best di Melaka
Bayou Lagoon Park Resort
Ingin hilangkan stress dan tenangkan diri anda seketika dari kesibukan di bandar? Jom terjah ke Bayou Lagoon Park Resort bersama ahli keluarga anda. Bayou Logoon Park Resort terletak 15 minit daripada bandar utama Melaka. Ianya satu tempat yang ideal untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti team building dan juga reakrasi bersama ahli keluraga.
Di resort ini, terdapat taman tema air yang meliputi dua gelongsor air yang menarik dan mencabar. Ianya amat sesuai untuk anak-anak anda. Selain itu, terdapat juga tarikan-tarikan dan permainan yang menarik boleh didapati di resort ini seperti memanah, bumper car dan banyak lagi lah yang sesuai untuk aktiviti keluarga.
Bayou Lagoon Waterpark |
Bayaran Masuk
Hari Biasa
Dewasa: RM22.00
Kanak-Kanak: RM16.00
Hari Minggu
Dewasa: RM28.000
Kanak-Kanak : RM20.00
Lokasi : Bayou Lagoon Waterpark
Melaka Wonderland Theme Park Resort
Taman tema air yang terletak di Air Keroh, Melaka merupakan salah satu tumpuan bagi pelancong luar dan dalam negara untuk berkunjung. Lokasinya yang terletak berhampiran kawasan tarikan pelancong menjadikan ia satu tempat mandi manda best di Melaka untuk pelancong bersama keluarga menghabiskan masa bersama-sama.
Melaka Wonderland Theme Park |
Terdapat 11 tarikan utama di taman tema air ini iaitu Tornado Chaser (Pertama di Malaysia), Lazy Cum Crazy River, 1 Big Wave Pool, Adventure Island dan banyak lagi. Yang menariknya disini ialah taman tema air dikelilingi oleh 360 hektar hutan rekrasi semulajadi. Oleh itu, bagi anda yang berkunjung ke Melaka dan ingin menikmati keriangan dan ketenangan bolehlah datang ke Melaka Wonderland Theme Park ini.
Bayaran Masuk
Dewasa :RM33.20 (Hari Biasa) RM37.90 (Hujung Minggu)
Kanak-kanak :RM26.05 (Hari Biasa) RM32.00 (Hujung Minggu)
A Famosa Resort
Taman tema air terbesar di Malaysia boleh anda lawati di Melaka ini. Terdapat pelbagai aktiviti air yang boleh anda dapati disini dan yang pasti ianya amat sesuai untuk anda dan anak-anak. Memang terbaik la taman tema air A Famosa ini. Tak perlu cakap banyak, nah kami sertakan video keseronokan ditaman tema air ini. Jom!
Bayaran Masuk ke Taman Tema Air
Dewasa :RM51.00(Hari Biasa) RM59.00(Hujung Minggu)
Kanak-kanak :RM45.00 (Hari Biasa) RM51.00 (Hujung Minggu)
Lokasi : A Famosa Theme Park
Pantai Tanjung Bidara
Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah dan 2 km dari Kem Terendak ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.
Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.
Pesisir pantainya yang luas di samping keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Lokasi: Pantai Tanjung Bidara
Air Terjun Asahan
Air Terjun Gunung Ledang/ Air Terjun Asahan merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk semua golongan. Kawasan riadah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk tempat penginapan. Antara tarikan utama pusat rekreasi ini adalah sungai-sungai dan air terjunnya yang nyaman dan segar. Di kawasan peliharaan ini, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mandi-manda, 'bird watching', seminar dan kem motivasi. Disamping menjalankan aktiviti, para pengunjung juga berkesempatan melihat pelbagai jenis dan spesis flora dan fauna antaranya orkid hutan dan periuk api hutan yang pastinya cantik dan menarik.
Air Terjun Asahan Melaka |
Lokasi : Air Terjun Asahan Melaka
Taman Rekreasi Air Panas Jasin
Kolam air panas jasin |
Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park terletak di Kampung Ayer Panas. Kolam ini berusia lebih 125 tahun dan menyediakan pelbagai saiz dengan suhu air antara 30 hingga 43 darjah Celsius untuk keselesaan orang ramai.
Kolam ini menyediakan air mineral semula jadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs yang dikatakan membantu mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan. Kolam air panas ini dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon merah (43 darjah Celsius), Zon Oren (38 hingga 42 darjah Celsius) dan Zon Biru (38 darjah Celsius ke bawah).
Bayaran tiket adalah pada kadar dewasa, RM6 untuk kunjungan pertama dan RM5 untuk kunjungan kedua. Kanak-kanak, RM3 dan RM2 untuk kunjungan kedua.
Waktu beroperasi pada Isnin dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam manakala Selasa hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam. Jumaat dan Sabtu pula dari jam 9 hingga 2 pagi.
Lokasi : Jasin Hotspring
Baca Juga : Tempat Makan Menarik Di Melaka
Berikut merupakan destinasi-destinasi terbaik buat anda yang ingin mandi-manda ketika berkunjung ke Melaka. Kami harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Kami ucapkan selamat bercuti ke Melaka dan selamat menjelajah ke tempat-tempat menarik di Melaka.
Comments
Post a Comment