Tempat Menarik di Melaka yang Harus Anda Lawati

Umum tahu Melaka merupakan sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai kesan sejarah dan tempat menarik untuk dilawati. Pada tahun 2008, Melaka telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site. Ini menjadikan ia tempat tumpuan untuk dilawati oleh pelancong dari serata dunia. Untuk post kali ini, kami akan kongsikan senarai tempat menarik di Melaka yang boleh anda kunjungi ketika melawat kesana.

Tempat Menarik Di Melaka

Tempat Menarik di Melaka

Berikut kami senaraikan tempat bercuti yang boleh anda lawati ketika berkunjung ke Melaka. Terdapat banyak destinasi dan permandangan yang indah boleh anda dapati di Melaka. Semoga anda enjoy bercuti di Melaka. Selamat bercuti.

Stadthuys

The Stadthuys mercu tanda yang sinonim dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.
Stadthuys- Tempat Menarik di Melaka
Stadthuys, Mercu Tanda Melaka
Foto Kredit : Tourism Malaysia

Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.

Lokasi : Jalan Gereja

Jonker Walk

Berdekatan dengan Stadthyus, ialah Jonker Walk. Suasana pada waktu malam di Jonker Walk amatlah digemari oleh pelancong-pelancong yang datang ke Melaka. Ia merupakan tempat menarik di Melaka pada waktu malam yang harus anda lawati.

Jonker Walk Melaka
Jonker Walk Tempat Wajib untuk dilawat di Melaka.
Foto Kredit : Easybook.com

Di sini anda boleh mencari pelbagai cenderamata menarik mengenai Melaka. Ia seperti pasar malam biasa. Namun kepadatan Jonker Walk pada waktu malam menjadikan ia tempat yang meriah dan wajib dikunjungi.


Baba & Nyonya Heritage Museum

Baba and Nyonya Heritage Museum Melaka
Baba & Nyonya Heritage Museum Melaka
Foto Kredit : Asia-Europe Museum Network

Baba Nyonya Heritage Muzium ini dibuka pada tahun 1985 dan mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di Negeri Melaka. Gabungan 3 lot teres ini adalah hak milik keluarga Baba dan Nyanya bernama keluarga Chan yand datang menetak di Melaka dengan tujuan untuk berniaga.


Menara Taming Sari

Ingin menikmati permandangan negeri Melaka dari sudut yang tinggi, jom lawati menara taming sari. Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Menara berketinggian 80m ini menawarkan pemandangan indah sekitar bandar Melaka. Dari atas, anda akan dapat melihat sehingga ke selat Melaka.

Tempat menarik di Melaka-Menara Taming Sari
Nikmati Permandangan 360 darjah Bandar Melaka di Menara Taming Sari
Foto Kredit : gomelaka.my

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM10.00
Pelajar: RM17.00 (bukan warganegara) / RM10.00 (warganegara)

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan)

Masjid Selat

Masjid Selat Melaka ini antara destinasi menarik yang patut dikunjungi jika anda bertandang ke negeri Melaka. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana Masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang. Menjadi salah satu tempat kegemaran para jurugambar tidak kira tempatan atau negara luar.

Tempat Menarik di Melaka- Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka harus menjadi salah satu checklist tempat harus dikunjungi di Melaka oleh anda.
Foto Kredit: Lonelyplanet.com

Untuk pengetahuan anda juga, Masjid Selat ini dibina di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan di Bandar Hilir. Merupakan satu mercu tanda terkini di negeri Melaka ini selain menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri Melaka yang komited dalam meningkatkan syiar Islam.

Lokasi: Pulau Melaka, bandar Melaka

Masjid Kampung Kling

Satu lagi masjid yang unik dan penuh dengan warisan sejarah ialah Masjid Kampung Kling. Ianya telah dibina seawal tahun 1784. Masjid unik ini menggabungkan pelbagai elemen di dalam pembinaannya, seperti fusion di antara timur dan barat. Jadi, anda bolehlah ke sini jika berkesempatan.

Tempat Menarik di Melaka  Masjid Kampung Kling
Masjid Kampung Kling merupakan sebuah masjid yang penuh dengan warisan dan sejarah. 

Lokasi: Jalan Hang Jebat (berdekatan Jonker Street)

Melaka River Cruise

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.
Tempat Menarik Di Melaka -River Cruise
Salah satu cara untuk menikmati keindahan banda Melaka

Suasana River Cruise Melaka pada waktu malam

Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudia ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir.Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 11.00pm)


Kota A'Famosa

Tempat menarik di Melaka yang harus anda lawati ialah Kota A'Fomasa. Tak sah kalau datang ke Melaka tidak melawat kota tinggalan sejarah ini.
Tempat Menarik di Melaka-Kota A Famosa
Tinggalan Sejarah yang sinonim dengan negeri Melaka

Kota A Famosa adalah sebuat kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 sewaktu Afonso de Albuquerque tiba di negeri Melaka bersama-sama angkatannya. Kota A Famosa merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Sebenarnya, kubu ini lebih besar. Namun begitu, bahagian-bahagian lain telah diruntuhkan pada tahun 1807 dan hanya Porta de Santiago, iaitu sebuah gate house yang kecil masih teguh berdiri.

Lokasi: Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan)

Masbro Australia Village Homestay

Masbro Village ini mengambil ilham dari rumah berwarna –warni yang popular di tepi pantai Melbourne Australia. Kalau anda mencari tempat untuk bermalam semasa bercuti di Melaka anda boleh menginap di sini kerana ia merupakan homestay yang boleh memuatkan sehingga 6 orang.

Masbro Australia Village Homestay
Masbro Australia Village Homestay

Lokasi: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka

Muzium Kapal Selam

Datang ke Melaka memang tak sah kalau tidak melawat semua muzium yang terdapat di Melaka ini. Salah satu muzium yang harus anda lawat ialah muzim kapal selam. Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.

Tempat Menarik di Melaa-Muzium Kapal Selam
Muzium Kapal Selam
Foto Kredit : jomjalam.com.my

Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang kecil anda dapat masuk dan melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 5.30pm) | Jumaat – Ahad (9.00am-9.00pm)

Muzium Cheng Ho

Muzium ini di buka khusus untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho dan menceritakan kisah penjelajahan beliau merentasi laut dalam usaha mencari dunia baru. Di sini anda dapat melihat kebijaksanaan beliau dan bagaimana dia berani mejelajah sampai ke Australia dan New Zealand menaiki kapal.

Muzium Cheng Ho
Muzium Cheng Ho

Selain daripada itu di Muzium Cheng Ho juga terdapat pameran seperti model kapal laut, tulisan kaligrafi,dan peralatan music traditional. Muzium ini terletak berhampiran dengan Jonker Street.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: 51 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower merupakan bangunan tertinggi di Melaka. Anda dapat menikmati permandangan bandar Melaka sekiranya anda naik ke tingkat 42. Pastikan anda beranikan diri kerana lantai kaca lutsina membuat anda merasakan seperti berjalan di atas angin.Di atas nanti anda dapat melihat akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat. Disini anda dapat melihat terus kebawah, mungkin tidak sesuai untuk mereka yang gayat tetapi kalau anda berhati kering cubalah.

The Shore Sky Tower salah satu tarikan pelancong di Melaka

The Shore Sky Tower Melaka
Bagi anda yang ingin cuba kegayatan anda, bolehlah cuba ke The Shore Sky Tower Ini.

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM18

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30am – 11.00pm)

Bustel Klebang

Bagi anda yang ingin mencari kelainan menginap di Melaka, bolehlah cuba Bustel Klebang. Ianya adalah bas lama yang telah diubah menjadi hotel ataupun chalet. Terdapat 40 buah bas yang dijadikan sebagai hotel di Klebang ini.

Bustel Klebang satu tarikan baru di Melaka.

Tempat menarik di Melaka-Bustel Klebang
Bustel Klebang merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang harus anda lawati

Lokasi: Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka

Upside Down House

Ada yang bercuti untuk melihat pemandangan yang cantik ada pula yang suka mengambil gambar yang cantik jika anda jatuh dalam kategori kedua pastikan anda singgah sebentar di Rumah Terbalik Melaka atau lebih dikenali sebagai Upside Down House. Setiap bahagian didalam rumah ini dihias seperti rumah biasa bezanya apa yang dilantai ada di bumbung.

Tempat Menarik di Melaka-Upside Down House
Upside Down House, Melaka
Tempat Menarik di Melaka-Upside Down House
Foto Kredit: Travelog.com

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat – Ahad (10.00am – 9.00pm)

Lokasi: G12&G14,Jalan PM 7,Plaza Mahkota,Bandar Hilir, 75000 Melaka


Berikut merupakan tempat menarik di Melaka yang boleh anda lawati. Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang harus anda kunjungi ketika berada di Melaka. Statusnya yang dikenali sebagai negeri bersejarah menjadikan terdapat banyak tempat-tempat tinggalan sejarah yang boleh anda lawati. Kami harap anda dapat berkunjung ke Melaka dan nikmati percutian anda bersama-sama ahli keluarga. Selamat bercuti ke Melaka.


Comments

Popular posts from this blog

Tempat Mandi-Manda yang best di Melaka

Tempat Makan Menarik di Melaka yang Harus Anda Cuba